Monday, August 24, 2009

Ramadhan menjelma lagi ;-)

"ramadhan menjelma lagi, membawa rahmat dan maghfirah"

petikan nasyid dari kumpulan rabbani tentang ramadhan. versi asal nasyid nih (nadamurni) aku dengar sejak dari zaman skolah lagi. teringat lagi dulu masa album nih kuar. minta Ustaz Azlan tolong belikan kat pasar jawa, klang. tetiap hari dengar, sepanjang bulan ramadhan kat hafiz klang :-)

1st ramadhan disambut bersama isteri. camana rasanya? syukur skali. skang nih takde aa rasa cam dulu2. tetiap petang nak kene fikir nak makan apa. skang nih da mudah. alhamdulillah. setakat 3 hari berpuasa nih, liza nampaknya leh bertahan walaupun da 9 minggu mengandung. mual2 tu biasa aa, takleh bau tu, takleh bau nih.

life so far alhamdulillah, walaupun kekadang rasa cam buat benda yg sama je utk setiap minggu. keje pun ok, loading tak brapa teruk macam last semester, cuma semester nih singkat disebabkan puasa & raya. so banyak gak nak kene prepare. sib baik dak2 nih sumer dengar kata walaupun memasing malas nak bangun awal pagi. dtg lambat takpe, jgn tak datang langsung.

sejak myvi accident, aku duk berulang-alik dari meru ke bangi. lebih jimat camtu dari duk bangi. tu tatau aa bila leh settle myvi tu. gambar2 leh tengok kat sini. document sumer da settle, cuma nak kene tunggu "q" je dari pihak insuran. memang biasa cam tu kot.

kelas master lak so far ok, walaupun nampak cam ada kelompok2 kat dlm kelas tu. biasa aa kot. baru2 lagi. tak kenal hati budi lagi. assignment toksah citer aa, memang susah, da nama pun master kan. sib baik ada wawa n nana. leh aa gak pecah2kan tugas.

aku sebenarnya gatal tangan nih. nak g outing amik gambar, tengok flickr ngan blog org2 lain. terfikir gak, "ada je ye masa diorang nih". aku nih tah aa bila. kamera duk dlm dry box je. tu la kan, masa. mana penah ada. cam pagi tadi, 6.30am da gerak dari meru, drive pun rilek2 je. masuk je highway elite, da nampak view yg menarik. sayang... kamera ku di rumah, dlm dry box :-( hanya mampu melihat keindahan ciptaan yg Maha Esa. sapa2 yg lalu highway elite pagi tadi, pas je simpang nak masuk bdr sujana putra. mesti nampak nya. golden hour. langit dan awan yg indah. kuning, merah, biru, putih, macam2 kaler aa. susah nak terang. pas nih rasanya kene wat peti besi yg kedap udara utk letak kamera dlm kete :-)

persoalannya "ada ke?, boleh ke?"

Tuesday, March 24, 2009

Life after marriage

Laman sesawang nih da brapa lama tak update. sampaikan liza ckp "bie da tak update blog ke?". "eheh, ada yang baca ke?". menjawab soalan dengan soalan. obviously ada gak yang membaca. ada yang mengikuti perkembangan terkini life aku nih :-)

"gambo kawen da siap ke?" satu lagi soklan cepumas. eheh. gambar punya la banyak, betul la org cakap, len kali suh je photographer tu yg printkan. takde masa nak pilih, nak edit, nak wat custom/storybook album. memang takde masa. hari biasa keje, ujung minggu kalau tak balik seremban, kene balik meru. ziarah umah sedara mara, pakcik makcik yg rewang time kawen dulu pun tak abih pusing lagi.

nih antara gambo kawen dari official photog dan juga dari kamera aku.

nih kat meru.





nih kat senawang







sedikit gambo outdoor







gambo kat bawah nih diambil 2-3 bulan pas majlis. amik gambo white studio kat WOW! Art & Photography. photog dia Hafiz Ismail. bagus hasil kerjanya. friendly lagi. persalinan hijau ditaja oleh Salikin Sidek dan persalinan emas ditaja sepenuhnya oleh Rohaizan Anen. dedua nih student my mom :-)




life selepas bergelar suami orang. emm... great!. da tak makan sorang2, tengok tv sorang2, tdo pun da tak sorang2 lagi :-) umah da tak bersepah, makan terurus, pakaian terurus. alhamdulillah, cukup makan pakai segalanya.

keje? pas jali dan a few staff baru lain masuk GMI nih. lega skik. workload pun kurang. da takde kelas sampai malam dan juga kelas sabtu. jali pun baru je menikah. duk kuarters. berjiran la kami. tengok umah dia pun da almost complete.

ituhari sempat gak aa wat last minit potluck. ajak sumer dak2 da'bandwidth dan dak2 fcet. ramai gak yang datang. liza masa meehun sup ngan puding caremel, jai bawak cheese kek lemon, ezra bawak chocolate cake dia. thanks ye pada yang datang. pasnih giliran umah ahcong & eita pehtu umah jali lak wat potluck. huhu. sronok bila tengok kawan2 da berumah-tangga :-)




tu je kot wat masa nih, nanti update lagi :-)

Wednesday, November 12, 2008

Undangan Majlis Perkahwinan 28 Disember 2008



Assalamualaikum.

Adalah dengan berbesar hati, saya menjemput saudara-saudari yg mengenali diri ini untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan saya yang akan diadakan pada:

Ahad, 28 Disember 2008 bersamaan 30 Zulhijjah 1429

bertempat di:

95-1, Jalan Taman Komersil Senawang 4, Taman komersil Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.

kehadiran anda semua diharap dapat menyerikan lagi majlis saya ini.

*ps map kalau tak brapa terang leh tengok kat SINI


View Larger Map

dan kalau perlu invitation card secara hard copy, leh post alamat anda pada "comment" post ini.